Layar Keinsafan



Dream with Me
Hamza Namira
Dream with me,
Of a tomorrow that’s coming,
And if it doesn’t come,
We’ll bring it ourselves.
We’ll stride upon this path,
Our many footsteps will lead us to our dream.

Dream with me,
Of a tomorrow that’s coming,
And if it doesn’t come,
We’ll bring it ourselves.
We’ll stride upon this path,
Our many footsteps will lead us to our dream.

No matter how many times we fall,
We’ll be able to rise again,
Find the way through, challenge and defy the dark clouds,
We’ll find our night transformed into a thousand days,
Only if we dream.

No matter how many times we fall,
We’ll be able to rise again,
Find the way through, challenge and defy the dark clouds,
We’ll find our night transformed into a thousand days,
Only if we dream.

Dream with me my friend,
Our footsteps will shorten the distance
I care about my innocent dream
Whatever it may be


It will stand beside us
No matter how long our journey becomes
Even if we become lost, my friend,
Our reunion will rally us toward our dream,
Towards our dream,
Towards our dream,
Towards our dream.
Towards our dream,
Towards our dream,
Towards our dream,
Towards our dream,
Only if we dream.



DREAM OF SOMEDAY EVERYONE UNDERSTAND AND
RESPECT EACH OTHER - TO THE WORLD GREATEST
PEACE AND HARMONIES - NO WAR

[TESTI CODE] :Doa Seorang Bakal SuAMI

Assalamualaikum dan salam semuanya buat pengunjung/peminat dunia photography/pejuang seni dan lain-lain yang sudi menziarahi blog photo ana. Didalam blog ini akan mengunakan dwi bahasa,yakni BI & BM.Namun begitu ana minta maaf sekiranya terdapat broken english dan bahasa kampung yang sukar difahami oleh anda..

Blog ini hanya sekadar ingin berkongsi hobi ana terhadap digital photo art.. yakni merangkumi seni pengeditan/pengubahsuaian/pengabungan/ and street art.Disini juga ana akan berkongsi minat terhadap bidang sastera(Sajak/puisi dll) samada dalam bahasa english dan juga dalam bahasa kebanggsaan.

Segala photo disini dibenarkan dicopy/dipublish site anda tetapi dilarang tegas anda mengubah originality seni digital ana melainkan setelah mendapat keizinan.

Bagi sahabat-sahabat yang dah copy jangan lupa menjadi mengikuti perkembangan blog ini. Bagi yang mahu mengedit photo hasil karya seni ana perlu minta izin,then kena tinggalkan comment kat bahagian photo tersebut. DAN sila emailkan photo yang anda telah edit kepada alamat email pena ana di (greenbuble_ump@yahoo.com). Bagi Photo yang terpilih ana akan publish sini dan kredit kepada anda.

Syukran kepada semua,maaf jika terdapat kekurangan tersalah bahasa dan etc. Jangan lupa tinggalkan KOMEN anda di setiap post.Segala teguran anda akan ana adaptasikan dalam karya seni digital yang akan datang..



Testi/comment image code for myspace,friendster,etc
Tajuk photo ini "ya ALLAH PErlihARALAH ukhuwah kami "

Ana tujukan gambar ini untuk pasangan2 yang belum berkahwin (bercouple) supaya terbuka hati untuk mendirikan masjid dan juga kepada bakal-bakal suami agar dapat menjadi nahkoda bahtera ke jalan yang diredhai Allah s.w.t..

Sekaligus gambar ini membawa mesej tersirat iaitu

"Kempen jom bernikah"
+
jaga hubungan suami isteri


Seperti mana yang diketahui, isteri itu suatu amanah kepada suami dan perkahwinan itu suatu ibadah. Namun,ia bukan hamba untuk dipaksa,bukanlah orang gaji untuk disuruh itu ini,bukan barang yang boleh disepak kesana kemari,ia merupakan intan permata yang tak ternilai untuk kasihi,untuk dibelai dan disayangi
"treat ur wife like a human being"

“Berwasiatlah kamu supaya berlaku baik terhadap isteri-isteri.Sesungguhnya kamu mengambil mereka dengan amanah Allah SWT dan kamu menghalalkan persetubuhan dengan mereka dengan kalimah Allah SWT”-(riwayat At-Tirmidzi)


Suami juga perlulah membantu si isteri dalam urusan hal2 dapur ,hal anak2 dan sebagainya.. Seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah S.a.w.. Rasulullah s.a.w.,juga membantu isterinya didapur/menguruskan rumah/anak-anak.

Sabda Nabi:

“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang baik budi pekertinya dan lemah lembut terhadap isterinya”-

(riwayat Abu Daud)



Bukanlah bermakna maruah seorang suami akan tercalar jika membantu si isteri membasuh pinggan,membasuh baju,atau mengemas rumah.. Anda ADALAH SUAMI YANG EGOIS jika tidak melakukan perkara yang dapat membantu si isteri.

Teringat ana pada kisah imam al-ghazali yang membasuh tandas seluruh kotanya tanpa seorang pun mengetahuinya. Setelah beliau meninggal dunia,tandas itu sudah tidak bersih,lalu rakyat pun mengetahui bahwa imam al-ghazalilah membasuh tandas tersebut.

Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib yang bermaksud:

“Rasulullah SAW bersabda:Lelaki yang paling baik ialah yang amat baik terhadap isterinya,dan aku adalah yang paling baik terhadap isteriku.Tidak ada seseorang yang memuliakan wanita,kecuali dia seorang yang mulia.Tidak ada yang menghina wanita,kecuali oarang yang rendah pekertinya”-(riwayat Abu Daud)


Hina ke basuh tandas?jatuh ke MARUah SEORANG ULAMA TERSOHOR dengan membasuh tandas? TIDAK!

TIDAK!Malahan berdasarkan pesanan-pesanan ulama/pakar motivasi membasuh tandas itu juga merupakan salah satu cara untuk membersihkan hati,menilai diri,muhasabah diri..menyedari bahwa kita sebagai seorang manusia ini tak hebat mane pun. Kita juga berasal dari air mani yang HINA!

Lalu anda sebagai SUAMI/bakal SUAMI perlulah merubah mentality tentang ini,sesungguhnya tidak jatuh maruah anda dengan membantu isteri tetapi malahan darjat anda sebagai seorang suami lebih mulia.

Isteri mestilah sentiasa mentati suami mereka dan menjaga maruah suami mereka selama mana suaminya itu tidak menyuruh atau melakukan perkara yang bertentangan dengan agama.
Dalam sebuah Hadis yang bermaksud,

“Andainya aku ini orang yang menyuruh sesiapa supaya bersujud kepada orang,pasti aku menyuruh isteri itu bersujud kepada suami mereka”.

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu.Oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai,dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu;dan bertaqwalah kepada Allah SWT serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada Hari Akhirat kelak).Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang beriman”- (Surah Al-Baqarah 2:223)


Si isteri juga wajib menjaga maruahnya dan kewajipannya sebagai

seorang wanita yang bergelar isteri

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“…Maka perempuan-perempuan yang salih itu ialah yang taat (kepada Allah SWT dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama,dengan pemeliharaan Allah SWT dan pertolongan-Nya… -(Surah An-Nisa4:34)


Antara info kepada bakal suami:

1. Tanggungjawab suami;

· Menyediakan keperluan asas kepada isteri dan anak berdasarkan kemampuan

· Memberi nafkah zahir dan batin

· Bertanggungjawab terhdap pendidikan anak

· Mencurahkan kasih sayang kepada isteri dan anak

· Mewujudkan pergaulan yang baik

· Memberi perlindungan kepada isteri dan anak

· Adil jika berpoligmi

2. Ciri-ciri suami yang baik;

· Beriman

· Berakhlak mulia

· Bertanggungjawab

· Taat pada ajaran islam

· Berilmu pengetahuan



In this image there are 8 layer were merge together , can you find it? As usual The blending mode technique used in order to make it "double layer". Then i use blur,smudge technique to decrease the cropped line appearing.

As u can see there is a picture of two hand holding each other (want to show the relationship mood and what is the picture all about) and a image of "walimatusurus" (to show that the marriage mood) and the text itself want to show the true identity of doa seorang suami mood.

akhir kalam renung sedikit petikan dari ayat Al-quran:

Firman Allah dalam surah Ar-Rum ayat 21 bermaksud:

"Dan setengah daripada kekuasaan Allah bahawa Allah telah menjadikan bagi kamu isteri-isteri (perempuan) supaya kamu
berumahtangga bersamanya dan Allah jadikan di antara kamu perasaan kasih sayang dan bertimbang rasa, sesungguhnya keadaan demikian menjadi
tanda dan pengajaran bagi mereka yang berfikir."


bagi yang belum berkahwin (dah cukup syarat) moga terbuka hati untuk mendirikan masjid.Jangan jadikan budjet sebagai alasan!

انْظُرْ وَلَوْ خَاتَمًا مِنْ حَدِيْدٍ

“Lihatlah apa yang bisa engkau jadikan mahar dalam pernikahanmu,
walaupun hanya cincin dari besi.”
(HR. Al-Bukhari no. 5087 dan Muslim no. 3472)

Nabi kita xde pun anjurkan perkahwinan yang mewah itu,kerana perkahwinan itu suatu ibadat,dan seorang isteri itu tidak ternilai harganya.. bukan boleh dijual beli.

Yang caj mahal2 itu hanyalah budaya bukan syariat agama,kena asingkan antara budaya dan agama.

Dalam suatu hadis nabi s.a.w.. yang bermaksud lebih kurang Bukan terdiri dari umatku yang menangguhkan perkahwinan hanya kerana bimbang tentang kewangan selepas perkahwinan. (kerana perkahwinan itu sendiri akan dimurahkan rezeki).

Allahuallam,segala kesilapan coretan ana harap dimaafkan,moga Allah memberkati post ana ini dan golongan yang membacanya.




3 Response to "[TESTI CODE] :Doa Seorang Bakal SuAMI"

  1. MAMASunshine* says:
    April 13, 2010 at 4:58 PM

    Assalamualaikum WBT.

    Saya ADRY.
    Came acrOss yOur blOg whilst searching fOr
    santapan jiwa.
    Maaf, terpaksa bertanya.
    BOleh kOngsi dgn saya tajuk backgrOund
    music & artis blOg awak?
    Saya dah cuba cari, tapi xjumpa yang serupa.
    Harap saudara sudi bantu.
    MaaCIH3x.

  2. islamkan jiwaku says:
    April 13, 2010 at 5:18 PM

    waalaikumsalam w.b.t.h.
    setiap pertemuan ini telah ditentukan oleh Allah s.w.t..
    sekalipun kita bertemu dengan seekor semut,semuanya berada dalam percaturanNYA..

    penyanyi nasyid : Kumpulan Saff one
    tajuk lagu : Istighfar
    click je kat icon lagu tue,ghucy music dan search bhagian nasyid.dan ikut sperti tjk diatas..


    harap dapat menyebarkan gambar2 dakwah didlam page ana,utk menangkis gambar2 lagha dewasa ini..lakukanlah segala apa yg terdaya utk mentarbiah ummat islam.. kan kerana diakhirat ia pasti dipersoalkan..


    afwan..

  3. MAMASunshine* says:
    April 13, 2010 at 9:00 PM

    Assalamualaikum WBT.

    Terima kasih banyak2x.

    Saya hargai.
    Tenang jiwa dihidangkan dengan nasyid ni.
    Memang menjadi sumber kekuatan & ketabahan.
    InsyaAllah, saya cuba sedaya upaya untuk berkOngsi.
    Sambil perbaiki & persediaan diri yang terlalu kerdil ni,
    untuk hari ini & esOk.
    Sama2x berjuang untuk dikasihi Allah selalu ya.
    Mudah2xan selamat dunia akhirat.
    Take care & thankyOu again:)

    .::ADRYSunshine*::.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails